Pengenalan penyesuaian terhadap penugasan harian. Oleh hal yang

Pengenalan

Dewasa
ini, gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggota TLDM semakin serius dan
harus dibendung dengan segera supaya tidak hanyut dalam permasalahan ini. Namun
begitu akhir – akhir ini, imej baik TLDM yang sentiasa dipaparkan kepada
masyarakat umum ini telah mula tercalar sedikit demi sedikit disebabkan
berlakunya pelanggaran disiplin oleh anggota tentera terutamanya di dalam
penyalahgunaan dadah serta masalah – masalah pelanggaran disiplin yang lain. Hal
ini demikian kerana dadah yang pada asalnya menjadi ubat penahan sakit
sebenarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Masalah ini timbul
apabila anggota menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronakan diri sendiri.
Dadah dapat didefinisikan sebagai sejenis bahan kimia, sama ada asli atau
tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh secara disuntik, dihidu, dihisap atau
dimakan boleh mengubah fungsi tubuh seseorang atau organisma dari segi fizikal
atau mental. Jenis – jenis dadah yang sentiasa atau popular di kalangan anggota
TLDM adalah ganja, heroin dan marijuana yang merosakkan kesihatan atau
membinasakan orang yang berlanjutan menggunakannya.  Apabila disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan
boleh mengubah fungsi tubuh badan, pemikiran dan psikik serta tingkahlaku
seseorang itu berubah. Walaupun pelbagai usaha dilihat telah dilaksanakan untuk
membendung masalah ini dari terus merebak, namun ia seolah–olah kurang memberi
sebarang kesan terhadap permasalahan kes dadah.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Perbincangan

Faktor berlakunya penyalahgunaan
dadah adalah tekanan daripada masalah yang dihadapi yang tidak dapat
diselesaikan seperti masalah individu terutamanya masalah kesihatan dan
perkembangan fizikal, masalah kewangan, keadaan hidup dan pekerjaan, masalah
aktiviti sosial dan rekreasi, masalah hubungan sosial, masalah peribadi,
masalah rumah tangga dan keluarga serta masalah penyesuaian terhadap penugasan
harian. Oleh hal yang demikian, apabila tekanan emosi berlaku secara
 keterlaluan, seseorang itu akan mengalami kemurungan sehingga tidak mampu
berdepan dengan tekanan tersebut. Akhirnya, sebagai jalan penyelesaian mereka
mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai teman setia yang
membolehkan mereka melupakan tekanan yang dihadapi. Contohnya, kesibukkan ditempat
kerja serta tekanan kerja yang dihadapi disamping masalah peribadi. Oleh hal yang
demikian, the navy people secara
tidak langsung akan melibatkan diri dalam pengambilan dadah dan aktiviti tidak
bermoral ini. Di samping itu, faktor berlaku penyalahgunaan dadah mungkin
kurangnya pengetahuan yang mendalam tentang dadah. Ianya juga boleh
dikategorikan berkemungkinan pembawakan daripada kelakuan atau tingkahlaku
anggota semasa atau sebelum memasuki perkhidmatan TLDM dan majoriti golongan
Laskar Kanan ke bawah yang terlibat di dalam penyalahgunaan dadah. Tanpa mereka
sedari sebenarnya dadah boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu tidak waras
dan gagal untuk membuat keputusan yang rasional dan juga mungkin akan
membawa maut. Keadaan ini menjatuhkan imej TLDM amnya dan ATM khasnya.
Dadah merupakan penyakit masa kini yang semakin menular khususnya dalam
kalangan generasi muda. Telah banyak usaha yang dilakukan oleh pihak tertinggi
TLDM bagi menangani masalah ini namun masih lagi berlaku. Oleh itu, pihak
tertentu haruslah mengembleng tenaga serta tindakan yang drastik harus
dilakukan bagi membendung masalah ini dari terus membelenggu the navy people dengan dadah.

 

Faktor – faktor yang perlu diambil
serius:

1.         Pengaruh oleh rakan – rakan juga
salah satu penyebab kepada terjerumusnya kepada penyalahgunaan dadah. Silap
memilih kawan juga salah satu faktor penyebab kepada penglibatan kepada dadah. Hal
ini demikian kerana, rakan merupakan orang terdekat selain ahli keluarga.
Mereka kerap menghabiskan masa bersama berbanding dengan ahli keluarga. Oleh
hal yang demikian, mereka akan mengikut dan melakukan perkara yang dilakukan
oleh rakan mereka tanpa menyedari kesan keburukannya. 

2.         Tekanan (stres) di sini merupakan
tindak balas fizikal, fisiogikal dan psikologikal yang berlaku dalam diri
seseorang yang berpunca atau diakibatkan oleh suasana yang dihadapi yang
dianggapkan sekarang mengancam atau mencabar. Tekanan (stress) merupakan normal
dalam kehidupan yang sentiasa dipenuhi dengan kesibukan. Setiap orang akan
mengalami tekanan (stress) dalam kehidupan seharian mereka serta ianya
berterusan dan keterlaluan boleh mengganggu kesihatan mental mahupun kesihatan
fizikal. Jika setiap individu mendapat tekanan (stress) dan tidak diatasi ianya
akan timbul banyak masalah kesihatan dan penurunan aktiviti. Sikap yang positif
akan memajukan diri mereka dan sikap yang negatif akan menjadikan prestasinya
merosot. Umumnya tekanan kerja seringkali dikaitkan kegagalan
anggota untuk memberi tumpuan kepada tugas yang dipertanggungjawabkan. Selain
itu masalah peribadi, keluarga dan kewangan juga boleh berlakunya tekanan
(stress). Sehubungan itu, pelaksanaan tugas yang lebih flexible perlu dipraktikkan agar anggota tidak tertekan seterusnya
mewujudkan sesuana yang lebih ceria. Di samping itu juga bagi memastikan
kebajikan anggota TLDM terjamin.

3.         Keluarga bermaksud seisi rumah tangga
yang terdiri daripada suami dan isteri sahaja atau berserta anak. Keluarga
adalah satu unit atau kumpulan yang terdiri daripada ahli – ahli yang mempunyai
hubungan kekeluargaan. Keluarga juga merupakan institusi yang paling hampir
dengan seseorang. Melalui keluarga, setiap individu dapat menggunakannya dalam
menyelesaikan pelbagai masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian. Keluarga
dipandang mempunyai tugas yang berbeza lagi berkesan. Keluarga selalunya akan
memberi khidmat sebagai satu masyarakat kecil serba lengkap terhadap jiwa yang
lahir dan berkembang dalamnya. Ini secara tidak langsung ianya akan dapat
menghidari individu itu terjebak kepada kelakuan yang tidak elok khususnya
dadah.

4.         Faktor keadaan sekeliling turut menjadi
penyumbang kepada penyalahgunaan dadah anggota TLDM. Persekitaran kawasan di
sekeliling sesuatu tempat tugas ataupun tempat tinggal. Tingkah laku individu
boleh menjadi negatif atau positif bergantung kepada kedudukan dan suasana
persekitaran keluarga, masyarakat, media dan sebagainya. Persekitaran fizikal
seperti kawasan bandar, tempat kerja dan rumah. Seterusnya, keperluan psikologi
seperti keselamatan, rasa dimiliki, kasih sayang, penerimaan, dan penghargaan
juga mempengaruhi tingkah laku individu. Ini berikutan ada di antara mereka
yang gagal untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling terutamanya semasa
di dalam kem dan mereka cenderung untuk mencari hiburan di luar yang lebih
menjanjikan keseronokan serta secara tidak langsung peratusan untuk terlibatnya
dengan dadah adalah tinggi. 

5.         Disiplin adalah latihan kepada
pemikiran dan kelakuan supaya   boleh
mengawal diri sendiri, atau patuh kepada setiap arahan atau peraturan – peraturan
yang telah ditetapkan. Manakala perkataan ‘Berdisiplin’ pula diberi makna patuh
iaitu mengikut, taat kepada undang – undang, peraturan, tatatertib dan lain – lain
yang berkaitan. Segala bentuk salah laku yang bertentangan dengan etika
ketenteraan yang khusus boleh menjejaskan nama baik TLDM dan seterusnya
memudaratkan perkhidmatan adalah tergolong sebagai pelanggaran kepada disiplin.
Disiplin juga berhubung rapat dengan keselamatan tentera, oleh itu gabungan
disiplin dan keselamatan tentera adalah merupakan fungsi pemerintahan yang
penting dan perlu dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Ini bermaksud disiplin
juga salah satu senjata yang boleh dikatakan sebagai pendorong supaya seseorang
itu tidak  terlibat dengan dadah.
Sekiranya tiada tahap disiplin dalam diri seseorang anggota, ianya amat mudah
dipengaruhi dengan penglibatan penyalahgunaan dadah.

6.         Sikap rasa ingin tahu juga salah satu
penyebab kepada terjerumusnya kepada dadah. Setiap manusia mempunyai nafsu
ingin tahu tetapi sekiranya disalahgunakannya, ianya akan terpesong ke arah
kelakuan ataupun perbuatan yang tidak baik. Ianya juga melibatkan disiplin
serta pemikiran individu tersebut. Oleh itu, pentingnya pendedahan bahayanya
dadah perlu dipandang serius kerana jika tiada pengetahuan sesuatu perkara itu,
membuatkan individu itu mudah terjebak kepada perkara yang tidak sihat. Apabila
seseorang itu mula rasa seronok apabila mengambil dadah, ianya mula jadi
ketagih kepada dadah. Oleh hal yang demikian, mereka akan terdorong untuk
melakukan perkara di luar jangkaan seperti merompak, meragut, merogol, dan
membunuh dan meningkatkan kadar berlakunya masalah social di dalam TLDM.

7.         Faktor kewangan juga
dikategorikan beberapa punca penyebab berlakunya penyalahgunaan dadah terhadap
anggota TLDM. Ini memperlihatkan individu –individu yang mempunyai masalah
kewangan dan keadaan hidup yang tidak selesa mempunyai risiko yang tinggi dalam
penglibatan dengan dadah. Di samping itu juga tindakan individu yang mengambil
dadah dengan terlalu kerap turut mendatangkan masalah – masalah kewangan yang
mana ia memberi kesan terhadap masalah kemerosotan disiplin seterusnya memberi
kesan terhadap prestasi kerja.

8.         Selain
itu, kurangnya didikan agama juga adalah faktor asas penyalahgunaan dadah.
Mereka yang kurang didikan agama akan mudah terjerumus ke dalam kancah
penyalahgunaan dadah. Hal ini demikian kerana dengan adanya pegangan agama
yang kuat seseorang itu akan sukar untuk melakukan sesuatu kesalahan.  Faktor
kurangnya didikan agama juga akan menyebabkan mereka mengabaikan pantang larang
dalam kehidupan dengan melakukan perbuatan salah seperti melibatkan diri
kepada dadah. Pendekatan secara rohaniah iaitu melalui pendidikan
agama di dalam TLDM dilaksanakan secara berasingan dengan fungsi pemerintahan
masing – masing. Jika kita melihat masa yang diperuntukkan bagi syarahan agama
di pasukan memang mencukupi, Namun masalah yang timbul disebabkan pendidikan
ini haruslah dibuat secara sistematik dan bergantung kepada kreativiti pegawai agama
pasukan serta perlu mendapat sokongan dari Pemerintah pasukan. Oleh kerana
disebabkan kurang pendekatan yang sistematik dan khusus, anggota – anggota yang
mengikuti syarahan agama ini dilihat kurang memperolehi faedah yang maksimum
bagi mempertingkatkan ilmu serta menyedarkan mereka tentang pemasalahan semasa
terutamanya melibatkan masalah sosial. Sudah tiba masanya didikan agama perlu
diberi perhatian oleh pemerintah pasukan. Silibus dan pendekatan terhadap skop
pembelajaran hendaklah dikenal pasti dan dilaksanakan secara tersusun termasuk
ujian – ujian yang perlu untuk memastikan masa yang diperuntukkan dimanfaatkan
oleh anggota.

Langkah mengatasi
penyalahgunaan dadah

            Pihak TLDM harus lah bekerjasama melalui
badan – badan dan sektor – sektor tertentu serta harus bijak membenteras gejala
dadah dengan mengadakan program – program yang dapat menarik minat anggota –
anggota TLDM untuk mengisi masa terluang bagi mengelakkan mereka terjebak
dengan masalah dadah. Kempen kesedaran haruslah diadakan oleh pihak tertentu dengan
melibatkan kumpulan anggota yang menjadi keutamaan atau yang banyak terlibat
dalam penyalahgunaan dadah misalnya kumpulan LLP. Berdasarkan perspektif
pasukan dan formasi bahawa kesedaran bahaya dadah telah memadai dilaksanakan
melalui media dan setiap anggota telah sedia maklum dengan bahaya dadah, justeru
itu syarahan – syarahan atau kempen – kempen pendidikan dan kesedaran kurang
dilaksanakan. Ini dapat dilihat melalui program – program pendidikan yang
mungkin tidak sistematik. Jawatankuasa yang sedia ada ini hendaklah disusun
semula dengan merancang program – program pendidikan dan pencegahan di peringkat
pasukan dan formasi. Program – program seperti pemeriksaan air kencing secara
mengejut yang lebih konsisten, pameran, syarahan serta mengadakan lawatan ke
pusat – pusat pemulihan dadah perlu diadakan bagi menimbulkan kesedaran yang
berkekalan kepada anggota terhadap bahaya penyalahgunaan dadah serta kesan –
kesan sampingan pengambilan dadah. Manakala pegawai bahagian atau pegawai
memerintah haruslah sentiasa berbincang dengan anggota – anggota tentang kesan
– kesan buruk penyalahgunaan dadah. Selain itu, pendidikan mengenai bahaya
dadah sentiasa disuarakan di markas/unit masing – masing bagi mengelakkan anggota
TLDM daripada mudah terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah.

            Di samping itu, anggota juga perlu
melibatkan diri dalam aktiviti yang menyihatkan seperti bersukan dan beriadah
supaya dengan melakukan aktiviti sosial yang bermoral tersebut serta secara
tidak langsung anggota dapat mengelak daripada terjerumus dengan dadah. Mewujudkan
gaya hidup yang sihat juga boleh menghindari dari melakukan perbuatan yang
memudaratkan diri sendiri.

            Semua pihak tertinggi mahu pun
bawahan perlu memainkan peranan dalam membasmi gejala dadah, tanpa mengharapkan
pihak berwajib sahaja. Sekiranya pihak berwajib sahaja yang berusaha untuk
membanteras dadah di kalangan anggota TLDM, ianya tidak akan dapat peratusan
yang tinggi dalam objektif yang diinginkan. Golongan tertentu pula diharapkan
dapat berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan dan sentiasa berfikiran
rasional agar tidak terjebak dengan dadah. Perkara ini haruslah dipikirkan
perlu oleh pihak berwajib bagi mencari formula sebenar yang lebih berkesan bagi
membendung masalah dadah ini dari terus meresap ke pelusuk peringkat anggota
TLDM.

            Justeru itu, bagi membantu
Pemerintah Tertinggi TLDM menangani fenomena ini, satu kajian haruslah diwujudkan
atau dilaksanakan bagi melihat gambaran sebenar masalah penyalahgunaan dadah di
dalam TLDM seterusnya dan ianya diharap boleh membantu pihak – pihak tertentu
dalam TLDM untuk mengambil langkah – langkah yang lebih berkesan bagi
membenteras penyalahgunaan dadah.  Selain
daripada itu kajian juga harus dijalankan bagi melihat faktor – faktor latar
belakang anggota – anggota tentera yang baru berkhidmat samada mereka benar – benar
tidak pernah terlibat dengan pengambilan dadah sebelum memulakan perkhidmatan
ataupun samada disebabkan oleh faktor – faktor lain setelah mereka memulakan
perkhidmatan mereka di pasukan baru masing – masing. Disiplin setiap anggota –
anggota juga perlu dipandang serius serta tindakan undang – undang juga
hendaklah diperketatkan dengan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada
anggota yang terlibat dengan dadah.

Kesimpulan

Merujuk kepada statistik bulan oktober 2017 yang
di keluarkan oleh TLDM seramai 72 anggota yang terlibat dengan penyalahgunaan
telah diberhentikan. Statistik kes dadah yang tertinggi telah dicatatkan di Pangkalan
TLDM Lumut diikuti dengan Sabah, Kuantan, Lembah Klang, Langkawi Dan johor.
Manakala statistik berdasarkan tred pula didapati pelaut adalah yang tertinggi
diikuti bekalan dan teknikal. Pelbagai usaha dan idea telah dibuat bagi
membenteras gejala dadah ini. Antaranya ialah kaji selidik, media sosial,
ceramah, bengkel, penguatkuasaan, video dan pelbagai lagi inisiatif telah
dibuat oleh pihak berwajib. Namun masih terdapat lagi kes dadah di peringkat
TLDM. Ini dilihat bertapa seriusnya pihak tertinggi TLDM dalam membanteras
gejala dadah. Setiap insan haruslah berganding bahu dan jangan mengharapkan
pihak tertentu sahaja dalam membanteras dadah. Sekiranya setiap anggota
memainkan peranan, ianya tidak mustahil dapat membendung dalam penyalahgunaan
dadah ini. Dadah ternyata lebih banyak membawa kesan negatif berbanding kesan
positif. Hal ini demikian dapat dilihat akibat daripada penyalahgunaan dadah
yang semakin berleluasa dan amat sukar untuk diatasi oleh semua pihak. Bukan
sahaja di dalam perkhidmatan TLDM mengalami masalah sebegini malah pihak –
pihak agensi kerajaan yang lain juga mengalami masalah yang sama. Ianya sukar
dibendung walaupun pihak berwajib telah melakukan pelbagai kaedah untuk
menyekat salah guna dadah. Penyalahgunaan dadah yang berpunca
daripada banyak faktor mengakibatkan banyak masalah sosial berlaku. Oleh itu,
semua pihak hendaklah berganding bahu dan mengatur strategi untuk mengatasi
masalah ini yang juga dianggap musuh utama negara. Namun, ia tidak akan berjaya
sekiranya kita sebagai the navy people
tidak mahu bekerjasama untuk membanteras masalah ini. Peringkat markas dan
pegawai memerintah juga perlu memainkan peranan membimbing anggota bawahan mereka
supaya menjauhi dadah. Akhirnya, kita haruslah terus memerangi dadah agar kita
tidak menjadi lemah dan terus hanyut dengan dilema penyalahgunaan dadah.

x

Hi!
I'm Johnny!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out