Sebelum kedua-dua negara tersebut yang telah membangun

Sebelum Kerajaan
memperkenalkan dasar penswastaan yang mencontohi cara Barat pada 1983, Kerajaan
telah berfikiran jauh bilamana telah memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur. Dasar
ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 8 Februari 1982 semasa
Persidangan “5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA” yang
bertempat di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Kerajaan merasakan perlunya sebuah
dasar untuk meniru pula negara-negara Jepun dan Korea. Peniruan yang
diperkatakan adalah terarah kepada contoh-contoh dan teladan yang baik dari
kedua-dua negara tersebut yang telah membangun dengan pesat. Dasar ini
menekankan tentang pentingnya unsur-unsur ketekunan dan disiplin dalam kerja,
perasaan taat setia pada negara, semangat kumpulan, keinginan menambah daya
pengeluaran negara, meningkatkan kecekapan, mengurangkan pembaziran dan
merapatkan hubungan di antara golongan majikan dan pekerja (Dasar Pandang Ke Timur,
2018).
Pada awal 1980an, Kerajaan telah berhasrat untuk menukarkan Malaysia dari
sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden. Atas dasar itulah
juga, Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan kepada masyarakat.

Dasar ini menghapuskan
pemikiran rakyat Malaysia yang terlalu memandang tinggi kepada dunia Barat pada
ketika itu. Ini disebabkan Barat dilihat lebih maju daru segi ekonomi, pendidikan
dan penguasaaan teknologi. (Besar, 2016) menyatakan DPT
mengubah pemikiran dan paradigma supaya tidak terlalu taksub dengan pihak Barat
terutama Britain. Melalui perpindahan teknologi, pendidikan dan ekonomi dari
Timur, ia akan membantu negara membasmi kemiskinan penduduk Malaysia disebabkan
kemajuan ekonomi yang dicapai selaras dengan matlamat DEB yang diperkenalkan
pada tahun 1971.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Dalam merealisasikan DPT,
Kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah untuk mengubah etika kerja
masyarakat Malaysia. Pertama, perubahan dalam struktur pentadbiran. Kerajaan
menggariskan beberapa pembaharuan seperti kad perakam waktu, penggunaan tanda
nama, penubuhan pasukan meningkat mutu kerja (QCC), konspe pejabat terbuka dan
pengenalan fail meja dan manual prosedur kerja. Langkah kedua pula adalah
melalui perubahan sikap yang dirangka melalui perkhidmatan cemerlang, kosep
Bersih Cekap dan Amanah serta Kepimpinan Melalui Teladan. Langkah ketiga pula
adalam melalui latihan dan kursus hasil kerjasama bersama Kerajaan Jepun dan
Korea yang secara tidak langsung dapat memindahkan teknologi mereka ke negara
kita. Selain itu, latihan berbentuk perindustrian dan teknikal juga
diperkenalkan dengan pembinaan institusi Malaysia Jepun (MAJU) di Selangor. Dari
segi pendidikan, Kerajaan memang banyak mengadakan usahasama dengan Kerajaan
Jepun dan Korea seperti Universiti Tokai dan Universiti Kyoto.

Dasar Pandang Ke Timur
ini mempunyai kesan yang baik kepada negara. Ekonomi negara dapat dipacu dengan
kemasukan pelabur-pelabur dari Asia Timur seperti Jepun dan Korea Selatan. Secara
serampang dua matanya, banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan kepada rakyat
Malaysia yang sekaligus dapat merapatkan jurang pendapatan yang wujud sejak
pengenalan DEB lagi. Kewujudan dasar ini juga menjadi tapak kepada industri
baru seperti Lembaga Industri Berat Malaysia (HICOM), kilang pengeluaran besi
waja dan kilang penapisan minyak. Perpindahan kepakaran ini juga telah membolehkan
Kerajaan memperkenalkan kenderaan pertama negara iaitu Proton dan juga
pembinaan Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara Selatan telah memperbaiki
infrastruktur negara pada ketika itu.

Secara kesimpulannya,
pengenalan ketiga-tiga dasar ini telah merubah Malaysia ke satu langkah ke
hadapan dalam menuju status negara maju pada tahun 2020.

x

Hi!
I'm Johnny!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out